Friday 30 October 2015

Program Pasca PT3 2015



Pada 29 Oktober  2015, Panitia Geografi  telah mengadakan aktiviti Kitar Semula Bahan Buangan. Aktiviti ini melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 3. Objektif utama aktiviti ini dijalankan ialah memupuk semangat cinta akan alam sekitar dan mempraktikkan amalan kitar semula dalam kalangan pelajar untuk mengurangkan pencemaran, menjimatkan kos, tenaga dan sumber. 


Para pelajar diminta untuk menghasilkan pasu bunga daripada bahan buangan dan menanam pokok bunga. 


Proses menghasilkan pasu bunga mengikut kreativiti murid daripada bahan terbuang seperti botol dan tin minuman.

Guru menunjukkan cara pengisian tanah ke dalam pasu bunga dengan betul. 
Pelajar mengisi tanah organik ke dalam pasu bunga.

Guru menunjukkan cara penanaman pokok bunga

 



Hasil kreativiti pelajar Tingkatan 3.
TAHNIAH!! TERBAIK!!




Wednesday 21 October 2015

PEMBATALAN LAWATAN KE FRIM



Dukacita dimaklumkan bahawa lawatan ke Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong, Selangor terpaksa pada 21 OKTOBER 2015 (RABU) DIBATALKAN

Pembatalan lawatan ini terpaksa dibuat untuk menjaga kesihatan murid agar tidak terjejas. Hal ini berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan khususnya di Negeri Sembilan dan Selangor mencapai tahap Tidak Sihat berikutan fenomena jerebu yang melanda di negara ini. Semoga lawatan ini dapat dijalankan pada masa akan datang.

Sekian, harap maklum.








Saturday 19 September 2015

JEREBU MELANDA NEGERI SEMBILAN

Baru-baru ini, Malaysia dilanda fenomena jerebu yang teruk sehingga menyebabkan sekolah-sekolah di beberapa buah negeri terpaksa ditutup. Antara negeri yang terlibat ialah Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan Sarawak.
                                                                              Sumber : http://apims.doe.gov.my/

Petunjuk  IPU

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Negeri Sembilan pada 15 September 2015 yang  melebihi 200 menyebabkan sekolah terpaksa ditutup atas faktor keselamatan. Sekolah dibuka semula setelah bacaan IPU kurang daripada 150. 

                                                                     Sumber : http://apims.doe.gov.my/







FENOMENA JEREBU DI MALAYSIA

Jalan Highway Seremban - Port Dickson pada 15/09/2015

APA ITU JEREBU ??

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel kecil yang wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi dan mengurangkan jarak pandangan mata kasar.


PUNCA UTAMA JEREBU :
  • Pembakaran Secara Terbuka
  • Asap Dari Kilang
  • Asap Dari Kenderaan
  • Kebakaran hutan 
      Terdapat faktor lain yang mewujudkan keadaan berlakunya jerebu, iaitu:
  • Cuaca kering yang berpanjangan
  • Ketiadaan atau sedikit angin. Keadaan ini menyebabkan zarah-zarah di udara terperangkap, tertumpu dan tidak disebarkan atau dileraikan. 

MASALAH JEREBU DI MALAYSIA

Jerebu adalah satu masalah yang meruncing di Malaysia dan negara-negara lain di Asia Tenggara disebabkan pembersihan hutan di Indonesia dengan kaedah pembakaran terbuka. Ini adalah suatu masalah yang masih berterusan saban tahun dan sedang ditangani oleh negara-negara ASEAN.


Bagi tempoh tertentu terutamanya semasa Monsun Barat Daya, keadaan atmosfera sangat stabil dan pergerakan udara mengufuk dan menegak berkurang. Dalam keadaan ini, pembentukan awan tidak aktif menyebabkan cuaca kering. Beberapa faktor seperti tempoh cuaca kering yang panjang, atmosfera yang stabil dan sumber pencemaran yang banyak di bandar atau luar bandar merupakan ramuan unggul pembentukan jerebu di Malaysia. 


KESAN-KESAN JEREBU : 

Semasa jerebu, sering terdapat peningkatan dalam masalah kesihatan berkaitan masalah pernafasan, masalah mata dan tekak khususnya dalam kalangan mereka yang lebih sensitif atau sakit.



PROGRAM MINGGU GEOGRAFI TAHUN 2015


Penyampaian Info Geografi
Tajuk : Benua di dunia

Pertandingan Meneka Berat Setandan Kelapa Sawit 

Majlis Penutupan Bulan Kemanusiaan telah dijalankan pada hari Isnin 14/9/2015 

Gimik : Melepaskan seekor burung merpati



Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana Minggu Geografi Tahun 2015 telah dapat dijalankan dengan jayanya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada guru-guru SMK Senawang 3 kerana memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini. Semoga aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang Minggu Geografi dapat memberikan input yang bermanfaat kepada para pelajar SMK Senawang 3. 


Wednesday 9 September 2015

PAMERAN GEOGRAFI OLEH JABATAN PENGAIRAN & SALIRAN NEGERI SEMBILAN (JPSNS)

Pada 19 Ogos 2015 yang lalu, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan telah mengadakan pameran di SMK Senawang 3.











Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan kerana sudi menerima jemputan mengadakan pameran di sekolah kami. Semoga pameran ini dapat memberi kesedaran kepada para pelajar tentang kepentingan penjagaan saliran kepada kehidupan manusia.



PAMERAN GEOGRAFI OLEH LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA (MPOB)

Pada 19 Ogos 2015 yang lalu, MPOB Bangi  telah mengadakan pameran sempena Minggu Geografi 2015 di SMK Senawang 3. 








Penyampaian cenderamata disampaikan oleh Tuan Pengetua kepada Pegawai MPOB, En. Asyraf.
Terima kasih daun keladi, tahun depan boleh buat pameran lagi.


Panitia Geografi mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak MPOB, Bangi kerana sudi menerima jemputan daripada Panitia Geografi SMK Senawang 3 untuk mengadakan pameran di sekolah ini. Semoga pameran ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar SMK Senawang 3.